Pengasingan sosial dan sering kesunyian meningkatkan risiko kegagalan jantung (?)

Pengasingan sosial dan kesepian mungkin dikaitkan dengan kadar kegagalan jantung (HF) yang lebih tinggi. Sama ada seseorang berasa kesepian atau tidak adalah lebih penting dalam menentukan risiko berbanding jika mereka bersendirian, menurut satu kajian. Bersendirian dan kesepian berkaitan, tetapi keduanya adalah hal yang berbeza.

Seorang pakar perubatan, Yannis Yan Liang, telah menjalankan kajian bersepadu berasaskan populasi untuk mengkaji hal berkaitan pengasingan sosial, kesunyian, dan gabungan tersebut dengan kejadian HF. Data daripada kajian Biobank UK digunakan, yang mengikuti hasil kesihatan penduduk selama 12 tahun dan menilai faktor psikososial seperti pengasingan sosial dan kesunyian melalui soal selidik yang dilaporkan. Penyelidik melihat hasil kesihatan untuk populasi lebih daripada 400,000 orang dewasa pertengahan umur dan lebih tua.

Gambar hiasan. Kredit: chcf.org

Keputusan menunjukkan bahawa pengasingan sosial dan kesunyian meningkatkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian akibat HF sebanyak 15% hingga 20%. Di antara 464,773 peserta, 12,898 insiden kes HF telah didokumenkan semasa median susulan selama 12.3 tahun. Mereka mendapati bahawa pengasingan sosial menjadi faktor risiko. Bagaimanapun, kesepian juga meningkatkan risiko walaupun seseorang itu tidak terasing secara sosial. Kesepian dan pengasingan sosial lebih kerap berlaku pada lelaki, juga dikaitkan dengan tingkah laku dan status kesihatan yang buruk, seperti penggunaan tembakau dan obesiti.

Para penyelidik mendapati bahawa keputusan ini menunjukkan bahawa "kesepian berkemungkinan merupakan tekanan psikologi yang lebih kuat dari pengasingan sosial kerana kesunyian adalah perkara biasa pada individu yang bersikap bermusuhan atau yang mempunyai hubungan sosial yang tertekan". Penemuan ini amat relevan kerana wabak COVID-19 telah menyerlahkan kesan pengasingan sosial dan kesunyian merentasi pelbagai hasil kesihatan.

Info dipetik dari acc.org

Ulasan