Menjilat aiskrim.. |
Lain kali jika korang makan ice lolly (aiskrim batang) di tempat kerja atau di tempat awam, ambil perhatian: 'anda boleh menyebabkan gangguan seksual'.
Setidak-tidaknya, itu lah cadangan pelik dari sekumpulan peguam yang menyeru agar undang-undang gangguan seksual yang baru dibentuk melibatkan wanita yang makan 'terlalu provokatif' di khalayak ramai.
Satu team di Finland malah mengeluarkan satu video yang menunjukkan seorang wanita muda mengerang sambil menghisap aiskrim. Rakan-rakan sekerja lelaki tercengang melihat wanita berkenaan memakan aiskrim dengan cara yang sangat tidak senonoh, di dalam klip selama satu minit. Satu soalan kemudiannya muncul di skrin bertanya: 'Apakah ini gangguan seksual? Kita tahu jawapannya.'
Persatuan Peguam Finland, yang mewakili beribu-ribu pakar perudangan di negara itu berkata dalam laman webnya: 'Kami telah menyiarkan video ini untuk membangkitkan isu yang amat sukar. Gangguan seksual di tempat kerja boleh disasarkan kepada sesiapa sahaja, lelaki atau wanita.
- Kita tinggalkan dulu kaitan aiskrim dengan gangguan seksual. Kita lihat pulak bagaimana gaya seorang penjual aiskrim yang cekap dan pandai bergurau, melayan pelanggannya,
Ulasan