270 ekor cacing kerawit dalam perut

Gambar hiasan. Kosmo.
Seorang kanak-kanak berumur lima tahun di Bengkulu, Sumatera, mempunyai berat 1.5 kilogram lebih berat dari berat badannya yang sebenar. Ini kerana di dalam perutnya terdapat 270 ekor cacing kerawit seberat berjumlah 1.5 kilogram! Hal ini diketahui setelah pembedahan dilakukan ke atas kanak-kanak berkenaan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Mana, Bengkulu.



Habis baca berita ni, aku pun menggoogle 'cacing kerawit'. Banyak informasi berkaitannya yang aku dapat. Aku rasa semua orang pun patut tahu sebab serangan cacing tidak boleh dipandang ringan. Ianya boleh berlaku bukan saja kepada kanak-kanak tetapi kepada semua peringkat.

Antara tanda jangkitan yang aku terbaca: 'kurang berat badan walaupun selera makan ada.' Wah! Esok juga aku nak beli ubat cacing sebab anak ku yang di tadika tu, makan bukan main tapi badannya segitu je aku tengok. Lagipun ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan. Kanak-kanak di bawah dua tahun kena minta nasihat doktor.

Aku pun tak ingat, aku pernah makan ubat cacing ke tak..

Ulasan

Bitt (double IS) berkata…
tu la kite pon selalu pantau...takut jugak..6 bulan sekali dok tanya dokter nak makan ke tidak nak makan ke tidak...hehehehe
Orandableg berkata…
Dah pun beli ubat, takda masalah budak nak makan. Manis rasanya.