Potret awan |
Menurut satu kenyataan media di laman web MetMalaysia, musim tengkujuh atau dikenali sebagai Monsun Timur Laut yang bermula pada awal November tahun ini dijangka akan berterusan sehingga Mac 2023. Seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat yang panjang untuk tempoh beberapa hari boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.
Kita tahu awan menjadi hujan, mampu mencurahkan air yang begitu banyak sehingga terjadi banjir. Ini mengundang pula satu pertanyaan: Berapa beratkah awan?
Secara kasar dan logiknya kita boleh fikirkan begini: Awan adalah seringan gas helium di dalam belon dan boleh terapung di udara. Dan ia juga sangat berat kerana menampung air. Kan?
Tetapi kita juga ingin tahu berapa berat zarah awan sebenar. Saintis menganggarkan ketumpatan sebuah awan kumulus adalah sebagai ketumpatan kira-kira 0.5 gram per meter padu -- awan 1 kilometer padu (km³) bersamaan 1 bilion meter padu.
Diaorang buat kiraan: 1,000,000,000 x 0.5 = 500,000,000 gram titisan air di awan — menjadikan anggaran berat sebuah awan bersais seperti yang disebut adalah kira-kira 500,000 kilogram atau 1.1 juta paun (kira-kira 551 tan).
Dengan berat sedemikian, ada beberapa laman web ongputih yang menyatakan berat awan adalah bersamaan dengan '80 to 100 elephants', atau '2500 donkeys', atau '1,353,846 pigeons'. Mak ai! Ada-ada je diorang nak buat persamaan. Bayangkan le kalau ada 100 ekor gajah terapung di langit sebagaimana awan.
Awan "berat" boleh terapung di udara, jauh di atas kepala kita kerana udara di bawahnya lebih berat — ketumpatan awan yang lebih rendah membolehkannya terapung di atas udara yang lebih kering dan lebih padat.
Kredit: YouTube/@sciencechannel
Ulasan