Pantun klasik di kad

Kalau hendak membeli cermin,
Belilah cermin tembus cahaya,
Kalau awak jadi pemimpin,
Jadilah pemimpin lurus bicara.
- Empat belas pantun klasik di kad CSS.

Adab dan Budi

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi hilanglah bangsa.

Agama

Banyaklah rajut perkara rajut,
Rajut bertali bunga bercanggah,
Banyaklah sujud perkara sujud,
Sujud sejati kepada Allah.
Apa tanda orang mulia,
Berbaik sangka sesama manusia,
Siapa hidup berbaik sangka,
Dunia akhirat hidup sentosa.

Nasihat

Baik-baik mengirai padi,
Takut mercik ke muka orang,
Baik-baik menjaga diri,
Takut nanti diejek orang.
Bakul penuh berisi limau,
Sangat berat tak boleh dijinjing,
Biar mati ditangkap harimau,
Jangan mati digigit anjing.

Kasih Sayang

Apa gunanya bertih direndang,
Bila tidak dapat dimakan,
Apa guna nya berkasih sayang,
Bila tegak tiada sepadan.
Air pasang singgahlah dulu,
Dapatlah berhenti di pulau karang,
Hatiku bimbang bertambah pilu,
Ingat kekasih di rantau orang.

Adat

Kata tua kata bertuah,
Tuah melekat seisi alam,
Hina bangsa kerana lemah,
Lemah akibat tidak sefaham.
Bukan mudah memasang jerat,
Salah pasang orang yang kena,
Bukan mudah memegang adat,
Salah pegang orang menghina.

Masyarakat Penyayang

Bila selasih di dalam peti,
Sampai masanya dijerang jua,
Sekali kasih didalam hati,
Sampailah tua kukenang jua.
Kalau hendak membeli cermin,
Belilah cermin tembus cahaya,
Kalau awak jadi pemimpin,
Jadilah pemimpin lurus bicara.

Pantun Perpaduan

Pergi ke hutan memburu rusa,
Dapat saekor di bagi rata,
Eratkan perpaduan tak kira bangsa,
Menjaga keamanan bumi tercinta.
Tumbuh melata buah bidara,
Di dalam acuan berbagai warna,
Elakkan sengketa demi negara,
Barulah perpaduan dapat dibina.

HTML view ▼

Pantun dipetik dari theinspirasi.my

Ulasan