'Kelelawar Pontianak'


Kelelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang. Dan kelelawar pontianak (vampire bat) adalah satu-satunya kelelawar serta mamalia yang menjadikan darah sebagai makanan.

Kelelawar jenis ini terdapat di benua Amerika, meliputi dari Mexico hingga ke Brazil, Chile dan Argentina.

Tidur pada siang hari, kelelawar ini mendiami gua yang gelap dalam satu koloni, mengandungi lebih kurang 100 ekor kelelawar dan ada koloni yang lebih besar mengandungi lebih dari 1,000 ekor kelelawar.

Pada sebelah malam, kelelawar pontianak keluar mencari makan. Aktiviti mampu dilakukan walau dalam suasana yang paling gelap kerana kelelawar mempunyai pengesan infrared di hidung mereka.

Kuda dan lembu yang tidur sering menjadi mangsa, juga diketahui kelelawar pontianak memakan darah manusia. Kelelawar tidak terus menghinggapi mangsa tetapi merangkak secara perlahan, membuat luka kecil dengan gigi yang amat tajam lalu menjilat darah yang keluar, tanpa disedari oleh mangsa.

Selama beberapa minit mereka menjilat darah dengan jumlah yang tidak membahayakan tetapi gigitan mereka boleh menyebabkan jangkitan penyakit. Air liur kelelawar pontianak mengandungi glycoprotein yang dipanggil draculin untuk melancarkan pengaliran keluar darah walau melalui luka yang kecil.

Anak kelelawar hanya memakan darah selepas lebih kurang 3 bulan menyusu.


Haiwan bersais kecil, sekitar 3.5 inci panjang.


Kelelawar pontianak menjilat darah seekor anak lembu,
gambar dirakam di sebuah ladang ternakan lembu di Amerika Syarikat.

Ulasan