'Kumbang zirafah'

Kumbang zirafah, hanya di Madagaskar.
Madagaskar merupakan sebuah pulau besar di bahagian timur perairan Afrika. Terpisah dari Benua India sekitar 88 juta tahun dahulu, Madagaskar adalah sebuah pulau yang unik. Lebih dari 90 peratus hidupan liarnya tidak terdapat di tempat-tempat lain di Bumi.

Contohnya, haiwan ini, yang kelihatan seolah-olah haiwan mutan dari filem fiksyen sains, sebenarnya adalah sejenis serangga yang hanya terdapat di Madagaskar. Nama saintifiknya 'Trachelophorus giraffa' atau ongputih panggil 'giraffe weevil'. Atau juga mungkin boleh la kita panggil kumbang zirafah.

Kumbang zirafah jantan dewasa berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter panjang iaitu 2 hingga 3 kali lebih panjang dari kumbang zirafah betina. Lehernya yang panjang digunakan sebagai senjata oleh kumbang zirafah jantan apabila berlawan.

Walaupun serangga ini sukar ditemui tetapi ia tidak dianggap sebagai serangga yang terancam kerana belum banyak diketahui tentangnya. Mula dikenali oleh para saintis pada 2008.


#Giraffe weevil
#The incredible giraffe weevil that uses its neck as a weapon

Ulasan