Kaum Badwi

Kaum Badwi adalah kaum yang hidup berpindah-randah, tinggal di dalam khemah di padang pasir dan di kawasan pergunungan. Bagaimanapun tidak semua orang Badwi yang masih meneruskan kehidupan tradisi mereka.

Seorang wanita Badwi sedang membakar roti yang disebut feteer untuk makanan mereka sekeluarga di sebuah khemah di hujung selatan Semenanjung Sinai, Mesir.

Sekumpulan orang Badwi bernyanyi dan memainkan alat muzik di sekitar unggun api di Wadi Rum, sebuah gurun di barat daya Jordan. Kebanyakan orang Arab berasal dan mempunyai budaya dari kaum Badwi, menggambarkan cara hidup bagi orang di seluruh Timur Tengah.

Berhampiran sempadan Arab Saudi dan Iraq, para pemimpin suku Badwi bertemu di khemah seorang syekh yang terkemuka untuk makan bersama-sama dan membahaskan hal-hal semasa. Meskipun perbandaran telah ada, semangat dari budaya Badwi tetap menjadi teras identiti mereka, berkumpul di khemah menjadi kemestian. - Nationalgeographic

Ulasan