Katak yang makan tikus

African Bullfrog
Terdapat sejenis katak iaitu katak Afrika (African Bullfrog) atau nama saintifiknya Pyxicephalus adspersus, yang akan memakan apa saja yang boleh masuk ke dalam mulut, seperti serangga, roden kecil (tikus), reptilia, burung, dan amfibia (juga memakan katak lain).

Katak karnivor ini sangat agresif, diketahui menyerang sesuatu yang pada pandangannya menjadi ancaman. Walaupun katak ini sebenarnya tidak mempunyai gigi, rahang bawahnya yang tajam boleh mencederakan. Katak jantan juga akan agresif mempertahankan telurnya jika binatang ataupun manusia menghampiri.

Berat seekor katak dari spesies katak hidup terbesar ini boleh mencapai sehingga 2 kilogram. Tidak seperti kebanyakkan spesies katak lain, Pyxicephalus adspersus jantan lebih besar daripada betina, boleh mencapai 24 sentimeter panjang dan betina sepanjang 12 sentimeter.

Spesies katak ini ditemui di kebanyakkan padang rumput sekitar selatan, tengah dan timur Benua Afrika, dengan sais berbeza mengikut kawasan. Pyxicephalus adspersus terbesar ditemui di Congo.


Tikus yang tidak bernasib baik, menjadi mangsa katak besar yang rakus.

Katak ini juga mempunyai kaki belakang yang kuat, boleh melompat sejauh 4 meter dan mempunyai unjuran seperti gigi yang disebut odontoids, dikatakan setajam kaca ketika membaham mangsa di rahang mereka.

Ulasan