Buli

Seringkali kita mendengar berita kejadian buli. Dan kebanyakan kejadian berlaku di sekolah atau di asrama sekolah membabitkan pelajar-pelajar sekolah itu sendiri. Ini membuat kita beranggapan bahawa kejadian buli hanya berlaku di sekolah-sekolah.

Sebenarnya buli boleh berlaku di mana-mana.

Definisi Buli

Jika kita gugel buli/bully, kita tak jumpa definisi buli yang seragam. Yang tu kata itu, yang ni kata ini.

Menurut salah satu penerangannya (dari Wikipedia);

Pembulian atau perundungan bermaksud perbuatan yang berniat menunjukkan kekuatan, menggertak atau mencederakan orang tertentu yang dilihat berkeadaan lemah berbanding si pelaku dengan mengasari atau mendera mangsanya.

Buli ialah subkategori tingkah laku agresif yang dicirikan oleh tiga kriteria berikut:
1. niat bermusuhan
2. ketidakseimbangan kekuatan
3. pengulangan dalam jangka waktu tertentu.

Buli merupakan aktiviti tingkah laku berulang yang agresif yang bertujuan untuk menyakiti individu lain, secara fizikal, mental, mahupun emosi.

Budaya membuli dapat berkembang dalam konteks dimanapun manusia saling berinteraksi. Ini mungkin merangkumi sekolah, keluarga, tempat kerja, rumah dan kawasan kejiranan.

Platform utama pembuli dalam budaya kontemporari adalah di laman sesawang media sosial. Satu kajian oleh The Lancet Child & Adolescent Health pada tahun 2019 menunjukkan hubungan antara penggunaan media sosial dengan kanak-kanak perempuan dan peningkatan pendedahan mereka terhadap pembulian.

Buli boleh didefinisikan dengan pelbagai cara. Di United Kingdom, tiada definisi undang-undang mengenai buli.

Sementara beberapa negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang menentangnya. Buli dibahagikan kepada empat jenis penyalahgunaan asas iaitu psikologi (kadang-kadang disebut emosi atau perhubungan), verbal (percakapan), fizikal, dan siber.


Dari sini anda tentu faham dan tahu bahawa buli atau pembuli boleh berlaku atau ada di mana-mana - cth, tempat kerja, rumah dan kawasan kejiranan - terutama di kalangan ahli mesyuarat tingkap.

Buli jenis psikologi dan verbal (percakapan) tidak terlapor atau tidak dilaporkan kerana sukar nak dibuktikan kesalahannya berbanding buli fizikal. Ada ke undang-undang mahkamah yang terus menyalahkan orang menjeling keras, memulaukan dan mengumpat (kecuali memfitnah)?

Buli jenis psikologi dan verbal juga dikaitkan dengan buli mental dimana ia lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Walaupun kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Diharapkan perbuatan buli dapat dicegah walau di mana. Kepada pembuli, hentikanlah!
_______________________

Sambil-sambil tu kita tengok drampen (drama pendek). Dari CDC: Jadilah hero seseorang


Ulasan