– 'Tetapi jika saudara saudari masih bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini, berkemungkinan saudara saudari bersentuhan dengan orang lain.' '.. duduk lah diam-diam di rumah.' Itulah antara kata-kata ucapan PM di satu sidang media semasa peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan dulu.
Aku akur, sekarang duduk je di rumah. Tapi aku tak duduk diam-diam. Aku ke depan ke belakang, ke depan ke belakang. Maklumla, aku tinggal di rumah kecik, rumah murah. Lain kalau duduk di rumah kampung yang punya halaman berekar, boleh juga buat aktiviti di sekitar rumah seperti bercucuk tanam.
Kekadang tu 24 jam aku menghadap komputer atau tv, pagi petang siang malam. Naik beku otak. Dengar lagu pun takda yang sedap dan menghiburkan. Jemu.
Bagaimanapun, aku masih sihat walafiat.
Dalam pada tu, ada baiknya PKP bagi ku. Aku tak lagi miss waktu solat. Jeng jengjeng. Tak kemana-mana, tak bersiar-siar, tak pergi kerja, takda pulang lewat dan takda lagi alasan. Penuh solat 5 waktu dalam tempoh PKP ni. Alhamdulillah. Semuga berterusan (bukan PKP tapi bersolat). Kalau dulu, err..
– Sering aku mengikuti perkembangan pandemik Covid-19 di internet. Baru tadi ku lihat di portal rasmi KKM. - STATUS COVID-19 (MALAYSIA) setakat 16 April 2020. Jumlah kes keseluruhan: 5,182. Jumlah kematian: 84. Kes sembuh: 2,766.
Jumlah kes keseluruhan termasuk kes kematian Covid-19 di negara kita adalah sedikit jika kita bandingkan kes yang berlaku di Amerika Syarikat. Ini mungkin kerana tindakan pantas kerajaan mengadakan langkah-langkah yang perlu termasuk mengistiharkan PKP untuk membenteras lonjakan kes wabak ini. Sebagaimana kita semua pasti telah faham, Covid-19 amat amat mudah berjangkit.
Status Covid-19 di Amerika Syarikat. – kes: 667,572. kematian: 33,903. sembuh: 57,189. (Setakat semasa ku baca tadi di worldometer. Angka kes masih terus meningkat).
Angka kes di AS adalah yang tertinggi di dunia setakat ini, mengatasi Sepanyol (182,816 kes), Itali (168,941 kes) dan China (82,341 kes).
Kebanyakan pihak media AS mempersoalkan tindakan Trump dalam menangani Covid-19. Beberapa orang governor, malah Dr Anthony Fauci (doktor paling kanan bagi penyakit berjangkit AS) tidak sekata dengan Trump dalam masalah wabak ini.
Aku tengok di saluran yutiub MSNBC, CNN, termasuk The Late Show with Stephen Colbert, The Daily Show with Trevor Noah dan beberapa saluran yutiub lain, rata-rata memperolokan Trump dan cara dia mentadbir. Kalau di saluran Fox News, semuanya baik, semuanya okay untuk Trump. Ini mungkin kerana Fox News senantiasa berpihak kepada pihak pemerintah tak kira walau apa, sebaliknya saluran lain yang tersebut, tidak. Entah. Aku bukan rakyat AS, nak masuk campur hal politik mereka. Dapat tahu melalui internet pun dah cukup untung.
Dari satu ruangan komen di YouTube, ku petik satu komen yang berupa sketsa,
Sketsa dengan sindiran kepada presiden yang dianggap tak cekap mengurus negara. Komen ini datang dari mereka yang juga keciwa dengan tindakan Donald Trump yang gagal dalam menangani krisis pandemik Covid-19. - Trump tu lambat dan *kelemer bertindak barangkali.
So, jangan kita menyalahkan kerajaan kita, yang boleh dikatakan segera melaksanakan PKP (kini dilanjutkan ke PKP 3, berakhir pada 28 April). Patuh, semuga kita semua selamat. Kita sedang melalui ujian getir di saat ini. Begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kuncu-kuncunya yang kini belum pun sampai dua bulan memegang tampuk pemerintahan.
*kelemer (bahasa Jawa: lemah tidak bersemangat)

Data di atas membezakan kepesatan kes Covid-19 berkembang di negara-negara tersenarai. Dipetik dari astro AWANI |

A British doctor says:
"In Britain, medicine is so advanced that we cut off a man's liver, put it in another man, and in 6 weeks he's looking for a job"
The German doctor says:
"That's nothing, in Germany we took part of a brain, put it in another man and in 4 weeks he's looking for a job"
The Russian doctor says:
"Gentleman, we took half of a heart from a man, put it in another's chest, and in 2 weeks he's looking for a job"
The American doctor laughs:
"You are all behind us. A few months ago we took a man with no brain, no heart and no liver and made him PRESIDENT. NOW, THE WHOLE COUNTRY IS LOOKING FOR A JOB"

Ulasan