Tukar tayar basikal

Pagi hari Sabtu lalu aku hantar basikal anak ku ke sebuah kedai basikal di bandar untuk tukar tayar yang dah botak tambahan bocor pula. Maklum la budak dah nak naik sekolah setelah cuti seminggu.

Gambar hiasan. Basikal hybrid.
Pada petangnya aku datang semula untuk mengambil basikal. Sampai je, aku tanya apek kedai berkenaan, "Sudah siap gua punya basikal? "Sudah", dia jawab. "Kena berapa ringgit tauke?", aku tanya lagi. "Sembilan lapan", katanya bermaksud kena 98 ringgit le tu.

"Wah! Manyak mahat", aku yang terperanjat bercakap ikut slang Cina.

"Kira patut.. tukar tayar sama tiub dua, tukar tali brek satu. Lagi itu ada goyang-goyang semua saya sudah kasi repair. Sudah baik-baik mau pakai", kata apek tu.

"Iya la. Tukar tayar sama itu sikit-sikit takkan sampai ini macam harga. Ini basikal biasa budak pakai punya, bukan basikal Simano", aku mula keluarkan point nak mintak kurang kerana ku rasa harganya terlalu tinggi untuk sepasang tayar basikal buruk anak ku yang darjah enam tu. Macam la aku tak pernah tukar tayar basikal.

Apek tu pula menjawab, "Haiya.. baru tak sampai satu ratus".

Hah.. di sini lah aku rasa apek tu secara spontan mengeluarkan kata-kata hipnotik agar aku menganggap harga tu murah. Apa taknya. Bayangkan la kalau dia kata: "Ayoo.. sudah mau sampai satu ratus wow". Beza kan? Biarpun faktanya sama.

Setelah 'bertekak' beberapa minit, akhirnya apek tu turunkan juga 3 ringgit kepada 95 ringgit. Amende. Buat menat je aku mbebel.

Aku bayar kemudian aku pun blah membawa basikal. Tapi jangan harap aku akan datang lagi ke kedai tersebut. Banyak lagi kedai basikal lain.

Ulasan