Tinggal dalam lubang kubur

Hidup di rumah kecil beratap nipah bukan lagi satu keadaan yang paling menyedihkan apabila dibandingkan dengan seorang lelaki Serbia ini, yang telah menjadikan lubang kubur sebagai kediamannya.

Bratislav Stojanovic, 43, berkongsi tempat di dalam lubang kubur lama yang terletak di Nis, Serbia, bersama abu mayat sebuah keluarga yang telah mati lebih 100 tahun dahulu.

Bekas buruh binaan berkenaan yang kini menganggur telah kehilangan rumahnya apabila dia dikelilingi hutang yang tidak dapat dijelaskan. Oleh kerana tidak lagi memilikki tempat kediaman, dia merempat dan akhirnya tinggal di dalam lubang kubur tersebut sejak 15 tahun yang lalu.

Bratislav Stojanovic menyatakan bahawa tinggal bersama orang mati tidak menakutkan seperti sesetengah orang fikirkan. Beliau berkata: 'Saya takut pada mulanya, tetapi saya terbiasa mengikut masa. Sekarang saya lebih takut kepada orang hidup dari yang mati.'

'Apabila saya mahu merangkak keluar saya mula-mula memeriksa jika ada seseorang di sekitar, jika tidak, saya boleh memeranjatkan seseorang hingga mati.'

'Ada orang yang sangat baik kepada saya. Mereka membawakan saya makanan atau pakaian. Kadang-kadang saya terpaksa mendapatkan makanan saya dari tong sampah tetapi ia juga berkhasiat. Sungguh mengagumkan apa yang orang buang', jelasnya.

'Ia tidak menakutkan saya untuk tidur dalam kubur. Yang mati tetap mati. Saya lebih takut menjadi lapar.'

Kediaman yang hanya 'bilik kecil' seluas dua ela persegi.


#Mail Online

Ulasan