Bagaimana patung besar Pulau Easter 'berjalan'

Panorama di salah sebuah pantai di Pulau Easter.
Pulau Easter atau Rapa Nui adalah sebuah pulau kecil terpencil yang terletak di bahagian tenggara Lautan Pasifik, lebih dari 2,000 batu dari pantai Amerika Selatan. Pulau ini terkenal dengan Moai, iaitu patung-patung ukiran batu besar lama yang dipercayai diukir di antara tahun 1250 dan 1500.

Moai yang telah dibaik pulih oleh
ahli arkeologi pada 1990an.
Sejak penemuan Pulau Easter oleh penjelajah Belanda pada tahun 1722, ramai yang tertanya-tanya bagaimana orang-orang Rapanui (penduduk asli pulau ini) mampu memindahkan ratusan ukiran besar dari kuari di mana ianya diukir, ke platform batu di seluruh pulau berkenaan – tanpa menggunakan roda atau haiwan. Menurut sesetengah cerita, patung berjalan sendiri, digerakkan oleh satu kuasa semangat yang dipanggil mana. Tentu saja ini hanya dongengan.

Sejak enam puluh tahun yang lalu, para saintis telah membuat berbagai teori bagaimana Moai dipindahkan (ada yang setinggi 33 kaki dan berat dianggarkan lebih dari 80 tan). Dari kaedah mengikat dan mengheret patung ukiran begitu saja hingga ke menggulingkan patung ukiran di atas batang kayu.

Baru-baru ini satu isu di National Geograhic telah menceritakan tentang satu teori terkini yang dicetuskan oleh Terry Hunt, seorang ahli arkeologi dari Universiti Hawaii dan Carl P. Lipo, seorang ahli antropologi dari Universiti Long Beach California State.

Kita lihat video bagaimana mereka mencuba teori mereka – membuat Moai berjalan.



#NATIONAL GEOGRAPHIC #Wikipedia

Ulasan