Orang makan orang

Di Rusia, seorang lelaki telah membunuh 'teman minumnya' di satu parti vodka kerana dia dan kawan-kawannya yang lain kehabisan snek.

Lelaki 35 tahun itu mengaku menikam mati seorang 'teman minumnya' yang berusia 41 tahun, memotong daging mayat lelaki tersebut dan kemudian dimasak untuk dimakan, menurut pihak polis.

Keesokan harinya, manusia kanibal itu membawa baki daging berkenaan ke pasar di Russky Island, Vladivostok, mengatakan bahawa daging berkenaan adalah daging babi.

Seorang lelaki tempatan telah membeli 'daging babi' itu tetapi terasa kelainan pada bau daging ketika memasaknya. "Dia membeli sedikit daging babi tapi mendapati ianya berbau ganjil bila dimasak", kata Avrora Rimskaya, jurucakap polis penyiasat.

"Walaupun begitu, dia makan daging itu yang rasanya juga ganjil."

Lelaki berkenaan membawa daging kepada orang yang arif tentang daging, yang kemudian mengesahkan ianya bukan daging haiwan. Mendengar pengesahan ini, pembeli yang dah termakan 'daging babi' itu segera melaporkan kepada polis.

Pihak polis menyerbu rumah saspek dan menemui satu kepala manusia di dalam peti sejuk dan beberapa bahagian anggota di bangsal kebun.

"Lelaki terbabit kini dalam tahanan", kata Rimskaya. Tambahnya lagi, ada dua orang pembeli lain yang telah turut membeli daging manusia itu tapi tidak melaporkan kepada polis.

Dalam kes berlainan, juga di Rusia, seorang lagi manusia kanibal telah mengaku melakukan beberapa pembunuhan serta memakan hati mayat mangsa sebelum mayat ditanam berhampiran rumahnya.

Aleksandr Bychkov, 24, dari Penza di tengah Rusia, membuat pengakuan ketika disoal siasat yang pada asalnya dia hanya disaspek mencuri di sebuah kedai hardware.

Ketua penyiasat polis Penza, Maria Orlova berkata: 'Pada masa ini kami telah menemukan enam mayat tertanam, mengeluarkan mayat dari tanah dan dihantar untuk diselidik.' #Mail Online

Ulasan