"Oooi.. bodoh ke kau ni.."

Semalam petang semasa nak pulang dari kerja di Bakri, aku singgah ke stesyen pam Shell untuk mengisi minyak kereta ku. Setelah mengisi minyak, aku segera memandu keluar dari situ dan lalu di jalan potong di belakang pam minyak berkenaan. Jalannya agak sempit bila berselisih dengan kenderaan lain, jadi aku memandu perlahan saja.

Sampai di satu simpang yang lengang.. secara tiba-tiba keluar lah seorang pakcik bermotosikal melintas jalan. Langsung dia tak toleh kiri kanan. Main redah je. Aku dengan pantas menggunakan kecekapan dan pengalaman ku sebagai pemandu, menekan habis pedal brake. Ngieeeeeeek! Phh.. hanya tinggal lima inci lagi aku mungkin boleh tersondol pakcik tu.

Dia yang terperanjat dan tergaman, terhenti pula di tengah jalan. Enjin motosikalnya
mati. Aku tengok pakcik yang berkaca mata, mungkin berumur sekitar awal 80an tu terketar-ketar memegang handle moto. Dia menoleh kepada ku. Aku ingat dia nak minta maaf tapi jangkaan ku meleset sama sekali. Tak sangka pula dia berkata,

"Oooi.. bodoh ke kau ni.."

Lak.. dia yang salah, dia yang marah aku! Dengan sepenuh tenaga aku menekan brake untuk mengelak dari melanggarnya.. dia kata aku bodoh! Amende le.

Aku hanya berdiam diri. Tak larat aku nak layan orang tua tu, yang tak sedar kesalahannya sendiri.

Setelah dia meng'start' motonya dan beredar, aku pun meneruskan perjalanan pulang membawa bersama perasaan pelik dan hairan di atas sikap pakcik yang dah atuk-atuk tu. Dah la tak pakai topi keledar..

Ulasan