Bola misteri dari langit

Sebiji bola besi yang jatuh dari langit ditemui di kawasan terpencil di utara Namibia, Afrika.

Ia berukuran 14 inci diameter dan seberat sekitar 13 pound. Permukaannya kasar dan berbentuk seperti 'dua bahagian dikimpal bersama', menurut pengarah forensik polis, Paul Ludik.

Bola tersebut dikatakan jatuh dan menghasilkan lubang sedalam 12 inci sebelum melantun semula dan mendarat sejauh 60 kaki dari lubang. Penduduk tempatan mengaku terdengar beberapa bunyi letupan sebelumnya. Bola besi itu kemudian ditemui oleh seorang petani di atas tanahnya.

Bola misteri. Bola ini bukti kewujudan makhluk asing..?

Paul Ludik menegaskan bahawa kajian seterusnya akan dijalankan. Pihak NASA dan European Space Agency telah diberitahu. #Mail Online

- Penjelasan yang munasabah ialah bola tu jatuh dari kapalterbang. Apa pulak nak panggil nasa dengan space agency buat kajian. Bola makhluk asing? Hek eleh. Nampak benor berita ni cuma nak buat sensasi dan tanda tanya je.

Ulasan