Pengeluar terbesar kondom

Siapa yang tak tahu apa itu kondom atau ongputih sebut condoms (ada 's' sebab banyak, merata)? Semua orang tahu. Di zaman internet ni, budak sekolah rendah pun tahu. Kalau di tahun 70an dulu mungkin bebudak tu ingat belon.

Tapi tahukah anda negara mana yang menjadi pengeluar terbesar kondom? Malaysia. Ya.. tak salah lagi. Ia dihasilkan oleh Karex Berhad.

Karex Berhad ialah pengeluar kondom Malaysia, antara yang terbesar di dunia - menghasilkan lebih daripada lima bilion kondom setahun dan satu daripada setiap lima kondom di seluruh dunia. Syarikat berkenaan membekalkan kondom untuk pemasar berjenama seperti Durex.

Gambar hiasan. Kredit: medicalnewstoday.com
Karex mengendalikan tiga kilang di Malaysia. Satu daripada kilang terletak di ibu pejabatnya di Pelabuhan Klang, dan dua lagi di Pontian dan Senai. Syarikat itu juga mengendalikan sebuah kilang di Hat Yai, Thailand.

Karex membekalkan kondom bukan sahaja kepada jenama seperti Durex, tetapi ia juga menjual kondom terus kepada pelanggan melalui jenamanya sendiri seperti Carex. Sebagai tambahan kepada pasaran pengguna, syarikat itu menjual kondom secara pukal kepada kumpulan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk digunakan dalam pencegahan penyebaran HIV.

Info: karex.com.my, Wikipedia

Ulasan