Tahun Lompat



Hari ini sepatutnya telah pun masuk ke tarikh 1 Mac, tetapi belum pula. Kenapa?
....
29.02.2024
01.03.2024

Sebabnya ialah tahun ini adalah Tahun Lompat (Leap Year ongputih kata. Juga dikenali sebagai 'intercalary year' atau 'bissextile year'). Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyelaraskannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Perubahan tahun kalendar ini biasanya berlaku empat tahun sekali (2024, 2028, 2032, 2036, 2040 dan seterusnya), dimana bulan Februari mendapat penambahan satu hari (29 Februari), menolak 1 Mac ke hari seterusnya.

Sains Tahun Lompat

Mengapa kita mempunyai tahun lompat?
Satu tahun kalendar lazimnya sepanjang 365 hari. Inilah yang dipanggil "tahun biasa", yang secara longgar menentukan bilangan hari yang diperlukan Bumi untuk melengkapkan satu orbit mengelilingi Matahari. Tetapi 365 ini adalah nombor bulat (angka paling hampir). Bumi sebenarnya mengambil masa 365.242190 hari untuk mengorbit Matahari, atau 365 hari 5 jam 48 minit 56 saat. Tahun "sidereal" ini juga sebenarnya lebih panjang sedikit daripada tahun kalendar, dan tambahan '5 jam 48 minit 56 saat' itu perlu diambil kira. Jika kita tidak mengambil kira masa tambahan ini, musim akan mula tidak selari dengan kalendar. Ini akan mengelirukan tetapi tidak memusnahkan kerana dalam tempoh kira-kira 700 tahun, musim panas yang kita jangkakan pada bulan Jun di hemisfera utara, akan mula berlaku di bulan Disember pada kalendar jika kalendar tidak mempunyai tahun lompat!

Dengan menambah hari tambahan setiap empat tahun sekali di tahun lompat (menjadikannya 366 hari), tahun kalendar kita kekal diselaraskan dengan tahun 'sidereal' (bagaimanapun, tidak sepenuhnya tepat).

Mengapakah ada tahun yg akan datang (cth. tahun 2100), tidak menjadi tahun lompat sebagaimana mengikut turutan setiap empat tahun sekali?
Sesetengah matematik mudah akan menunjukkan bahawa dalam tempoh empat tahun perbezaan antara tahun kalendar dan tahun 'sidereal' bukanlah tepat pada 24 jam. Sebaliknya, ia adalah 23.262222 jam. Laa .. masalah pembulatan lagi! Dengan menambahkan hari lompat setiap empat tahun, kita sebenarnya menjadikan kalendar lebih panjang, lebih 44 minit. Lama kelamaan, 44+ minit tambahan ini juga akan menyebabkan tarikh musim tidak selari dalam kalendar kita. Atas sebab ini, bukan setiap empat tahun adalah tahun lompat. Peraturannya ialah jika tahun boleh dibahagikan dengan 100 dan tidak boleh dibahagikan dengan 400, tahun lompat dilangkau. Contohnya, tahun 2000 adalah tahun lompat, tetapi tahun 1700, 1800, dan 1900 tidak. Kali seterusnya tahun lompat akan dilangkau ialah tahun 2100.

Mengapa ia dipanggil "tahun lompat"?
Nah .. satu tahun biasa ialah 52 minggu dan 1 hari. Ini bermakna jika hari lahir anda berlaku pada hari Isnin di tahun biasa, tahun berikutnya ia sepatutnya disambut pada hari Selasa. Walau bagaimanapun, penambahan hari tambahan semasa tahun lompat mengakibatkan hari lahir anda kini "melompat" lagi selama sehari. Hari lahir anda yang berlaku pada hari Selasa seperti yang berlaku selepas tahun biasa, semasa tahun lompat, hari lahir anda "melompat" dari hari Selasa dan kini akan berlaku pada hari Rabu.

- Dan jika secara kebetulan anda dilahirkan pada hari lompat 29 Februari, itu tidak bermakna anda hanya boleh menyambut hari lahir setiap empat tahun sekali. Setiap tiga tahun yang bukan tahun lompat, anda sebenarnya boleh menyambut hari lahir anda pada 1 Mac menggantikan 29 Februari yang tiada di kalendar. Biar apapun, selagi hayat dikandung badan, anda akan terus bertambah usia juga sebagaimana individu lain.

Terima kasih kepada adanya tahun lompat, musim kita akan sentiasa berlaku apabila kita menjangkakan ia berlaku, dan tahun kalendar kita akan sepadan dengan tahun 'sidereal' Bumi. - Info dipetik dari en.wikipedia.org/wiki/Leap_year, airandspace.si.edu/stories/editorial/science-leap-year

Ulasan