Gambar hiasan |
Christophe Champenois, dari Meaux, berhampiran Paris, didakwa menelanjangkan Bastien, tiga tahun, dan mengunci kanak-kanak tersebut di dalam mesin basuh untuk menghukumnya kerana berbuat nakal di sekolah nurseri - membaling lukisan rakan sekelas ke lubang tandas. Christophe kemudian menghidupkan mesin basuh berkenaan selama beberapa minit.
Kanak-kanak itu mati kerana kecederaan di kepala, menurut pihak polis Perancis.
Ibunya, Charlene, 25, mengeluarkan kanak-kanak itu dari mesin basuh, menurut akhbar Le Parisien. Dia kemudian berlari menemui jirannya, yang hanya dikenali sebagai Alice, dan memberitahunya bahawa Bastien telah 'jatuh dari tangga'. Alice memberitahu akhbar Le Parisien: 'Saya mengangkat dia dan tangan kakinya longgar seperti anak patung kain buruk. Saya merasakan denyutan jantung untuk kali terakhir dan kemudian dia mati.'
Kakak Bastien yang berusia lima tahun, Maud, memberitahu bahawa ianya bukan kali pertama Christophe meletakkan Bastien ke dalam mesin basuh sebagai hukuman. Jiran-jiran memberitahu pihak akhbar bahawa budak lelaki itu telah berkali-kali didera – dikurung selama berjam-jam di dalam almari dan ditinggalkan di ambang tetingkap selama berjam-jam dengan dibalut dengan selimut.
Bunga dan gambar Bastien yang diletak di luar rumah keluarga di Meaux, berhampiran Paris. |
'Bastien adalah seorang kanak-kanak yang tidak diingini', dakwa Evelyne, neneknya. 'Pada hari dia dilahirkan, bapanya telah keluar minum dan apabila saya memberitahu dia mendapat seorang anak lelaki, dia berkata bahawa dia tidak mahu anaknya itu.'
Seorang hakim di Meaux meletakkan Christophe yang menganggur di bawah penyiasatan kerana membunuh anaknya dan mendakwa isterinya, ibu kepada tujuh, kerana gagal mencegah jenayah dan gagal untuk membantu seseorang dalam bahaya. Kedua-dua mereka telah ditahan dan anak-anak mereka yang tinggal telah diambil ke dalam jagaan. #Mail Online
Ulasan