Alahai.. comel. Tengah test mata gayanya. |
Di sini aku nak cerita la sikit kisah kucing yang ku pelihara semasa aku bebudak dulu. Aku panggil kucing ku Bing. Bukan Bing search engine tu.. bukan.
Gambar hiasan. |
Kalau kucing lain yang 'tak geng' terserempak dengan Bing maka meremang lah bulu kucing tu, menyeringai menunjukan taring, tapi Bing selamba je menghampiri. Mencicit kucing tu lari tak cukup tanah. Itu kalau kucing tu lari. Kalau tak, terkecing terberak lah kucing kena fait dengan Bing. Maaaacam tu lah hebatnya kucing ku.
Pada satu malam, berlaku lah satu kejadian yang mungkin susah korang nak percaya. Bing menarik keluar seekor ular senduk sebesar batang penyapu dari celah kayu api di bawah dapur dengan menggigit kepala ular berkenaan, begitu hampir dengan kaki ku.
Hooeii!! Terlompat aku yang ketika itu sedang menggoreng telur, terperanjat. Dari jauh aku perhatikan. Grrr, grrr, Bing menderam. Ular yang nampaknya takda chance nak melepaskan diri berguling ke sana sini, membelit badannya sendiri tapi Bing tetap kuat mengawal kepala ular tu dengan rahangnya. Lama. Tak tau la berapa lama.. agak ada setengah jam. Telur yang aku goreng pun sampai hangus.
Ini bukan gambar Bing tapi seekor mongoose yang sedang membaham ular. |
Heran pulak aku, Bing boleh tangkap ular. Keturunan mongoose ke kucing aku tu?
Aku rasa terhutang budi pada Bing. Kalau tidak dia tangkap ular tersebut, mana tau.. mmatuk kaki aku pulak.
Selepas peperiksaan SPM, aku mengikut kawan-kawan ku bekerja di Johor Bahru. Belajar cari duit sendiri, kerja kontrak - tukang kayu buat bangunan. Tinggal lah Bing yang macam sebahagian dari keluarga ku, di rumah. Lebih kurang dua bulan kerja di JB, aku pulang. Pada petang itu aku bertanya kepada ibu ku, "Bing mana mak, tak nampak-nampak?" Ibu ku lantas menjawab, "Lupa mak nak bagi tau kau. Hari tu Abah jumpa Bing dah mati kat depan, kat tepi jalan. Agak kena langgar kereta."
Terkedu aku. Bing, kucing kesayangan ku yang gagah berani tu dah takda.
Ulasan