Hari ni baru hari kelima hari raya puasa. Angin beraya masih kuat tapi aku dah pergi kerja. Bukan nak jadi rajin sangat, dah terpaksa. Orang kilang kat Parit Bakar tu dua kali telefon aku semalam minta aku siapkan mesin ketam (double planer) yang kotak gearnya aku tinggalkan terbarai sehari sebelum hari raya.
Macam-macam juga aku beri alasan supaya aku boleh mula menyambung kerja tu pada hari Isnin. Tak laku. "Production tak jalan maa..", kata Ah Chuan (adik tauke kilang) yang mendesak aku semasa menelefon semalam. Kilang perabut tu yang rata-rata pekerjanya orang Nepal dan orang Vietnam mana tau nak cuti raya. Tak cuti pun diaorang tak kisah. Dua hari raya mereka dah mula bekerja.
Aku temberangkan kedai barang ganti belum dibuka.. "Haiya, itu kedai Melayu ka Cina?", Ah Chuan tanya aku. "Kedai Cina", aku jawab. "Mana ada kedai Cina tutup banyak hari ini raya", dia kata lagi. Alamak, temberang aku tak menjadi. Mau tak mau terpaksa juga aku sambil ketawa menjawab,"Okay lah, besok saya datang."
Tadi siang aku menggodek mesin ketam (duoble planner) berkenaan, tukar bearing dan mana-mana yang patut, pasang-pasang.. sekitar lima jam aku bekerja terus, siap. Tersengih je Ah Chuan aku tengok semasa aku mengemas spana untuk pulang.
Malam, selepas maghrib aku sekeluarga beraya ke rumah abang ku.

Ulasan