Kira duit orang, kira duit sendiri

Hari ini aku tak kerja, balik kampung petik sawit. Tak jauh dari rumah, sekitar setengah jam perjalanan menaiki kereta buruk ku itu, sampai le ke kampung.

Memetik buah kelapa sawit bukan lah kerja ringan tetapi tidak pun terlalu berat. Selama tiga jam lebih aku seorang diri berhempas pulas dan mandi dengan peluh walaupun aku sedang bekerja, memahat (memetik) dan mengumpulkan buah sawit, lalu ku jual. Dapat 162 ringgit 80 sen. Syukur alhamdulillah. Walaupun buah sawit bukan boleh petik hari-hari (dua atau tiga minggu sekali) dan pendapatan hasil sawit ku tak banyak, sekurang-kurangnya dapat juga tambah buat belanja dapur. Maklumla, pokok kelapa sawit ku masih muda, belum begitu tinggi. Lagipun satu-satunya kebun yang ku miliki itu (pemberian bapa ku) tak seluas mana, ada la sekangkang atau dua kangkang kera.

Malam, aku dah berada di rumah. Relax-relax. Seperti biasa, selepas makan aku menghadap komputer. Baru tadi aku terbaca berita di Mail Online yang membuatkan aku seronok mengira duit orang dari mengira duit sendiri yang selalu tak mencukupi. Korang tau tak, ada dua buah syarikat gergasi Eropah yang memperolehi gabungan keuntungan sehingga £7.5 bilion (RM36.5 bilion) pada suku tahun kedua tahun ini. Antara April dan Jun, mereka mengaut keuntungan sebanyak £84 juta sehari iaitu bersamaan lebih kurang £1,000 (RM4,838) sesaat! Phh..

- Jadi aku pun berangan kejap yang aku punya pendapatan tak usah banyak la, 10 sen sesaat. Kalau seminit (10 sen X 60 saat), dapat 6 ringgit. Kalau satu jam (6 ringgit X 60 minit), dapat 360 ringgit. Kalau 24 jam income masuk (360 ringgit X 24 jam), dapat RM8640.00!! Kalau sebulan? Setahun? Wow.. aku kaya!! Tapi, itu cuma kalau je. -

Dua syarikat gergasi berkenaan adalah BP dan Shell. Syarikat-syarikat yang takda pun membuat produk mereka.. kebas je dari sumber alam.

Dengan keuntungan besar syarikat-syarikat minyak ni, jangan kita menyangka harga minyak tak akan naik lagi. Tunggu aje dan lihat.

Kenapa harga minyak dunia terus meningkat, takda pun terus menurun? Adakah syarikat minyak terlalu tamak?

Dari apa yang aku faham, kenaikan harga minyak dipengaruhi oleh permintaan yang tinggi dan juga angkara permainan 'speculators', kata ongputih.

Binawe punya 'speculators'.

Amende pulak 'speculators' tu? Speculators adalah mereka-mereka yang membuat spekulasi.

Dan apa pulak spekulasi? Spekulasi adalah err..

Ulasan