Berita yang ku baca di laman-laman web berita menerangkan betapa bahayanya jenis E.coli baru yang menurut saintis boleh menyebabkan keracunan makanan dan mampu membunuh. Penemuan di Jerman serta beberapa kes di Eropah dan Amerika Syarikat mencetuskan kebimbangan masyarakat dunia termasuk Malaysia.
Biarpun belum ada kes serius berkaitan bakteria E.coli yang dikesan di negara kita, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang perlu sejak penghujung 2010 lagi. Antaranya, menjalankan siasatan segera dan mengambil sampel air di Tasik Kenyir untuk menentukan tahap pencemaran. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, E.coli adalah mikro organisma yang biasa ditemui di tasik namun tahap pencemarannya di Tasik Kenyir masih belum diketahui.
Pakar di beberapa makmal penyelidikan di China berusaha untuk mengenal pasti dan cuba memahami penyakit terbabit yang kini telah membunuh 17 orang. Menurut mereka, sejenis kuman yang kebal terhadap beberapa kelas antibiotik ditemui.
Sekitar 1,500 orang telah dijangkiti di Jerman dan ini merupakan rekod terburuk kesan dari E.coli. Russia pula telah mengharamkan kemasukan sayuran segar import dari Eropah.
Punca sebenar bermulanya jangkitan berkenaan belum diketahui tetapi menurut pakar ianya berkemungkinan besar bermula dari pencemaran sayuran dan salad di Jerman.
Jangkitan E.coli boleh tersebar dari seorang ke seorang yang lain hanya melalui apa yang diorang panggil 'fecal-oral route' (rujuk di Wikipedia).
Pakar kesihatan juga menasihati pengguna agar tidak memakan salad dan sayuran segar mentah. #Reuters #Bharian
- Wah, gawat juga.. kalau takda ulaman segar (mentah) dan sambal belacan, tak sedap le makan!
Update 6/6/11:
Gambar bakteria E.coli di atas beserta kenyataan yang ku petik dari Guardian semalam. 'Bean sprouts' dikenalpasti menjadi punca. Bean sprout tu.. tauge!
Biarpun belum ada kes serius berkaitan bakteria E.coli yang dikesan di negara kita, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang perlu sejak penghujung 2010 lagi. Antaranya, menjalankan siasatan segera dan mengambil sampel air di Tasik Kenyir untuk menentukan tahap pencemaran. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, E.coli adalah mikro organisma yang biasa ditemui di tasik namun tahap pencemarannya di Tasik Kenyir masih belum diketahui.
Pakar di beberapa makmal penyelidikan di China berusaha untuk mengenal pasti dan cuba memahami penyakit terbabit yang kini telah membunuh 17 orang. Menurut mereka, sejenis kuman yang kebal terhadap beberapa kelas antibiotik ditemui.
Gambar hiasan. Google images. |
Punca sebenar bermulanya jangkitan berkenaan belum diketahui tetapi menurut pakar ianya berkemungkinan besar bermula dari pencemaran sayuran dan salad di Jerman.
Jangkitan E.coli boleh tersebar dari seorang ke seorang yang lain hanya melalui apa yang diorang panggil 'fecal-oral route' (rujuk di Wikipedia).
Pakar kesihatan juga menasihati pengguna agar tidak memakan salad dan sayuran segar mentah. #Reuters #Bharian
- Wah, gawat juga.. kalau takda ulaman segar (mentah) dan sambal belacan, tak sedap le makan!
Update 6/6/11:
E coli bacteria. Bean sprouts have been identified as the likely source of the outbreak that has claimed 22 lives in Europe. Photograph: Erbe Pooley/Rex Features |
Ulasan