Kuda laut terkecil diancam kepupusan akibat tumpahan minyak BP


Salah satu kuda laut terkecil di dunia, menghadapi kepupusan kerana tumpahan minyak BP, konservasionis memberi amaran.

Haiwan kecil, hampir 2 sentimeter tinggi, kurang diketahui tentangnya, hanya ditemui di celah rumpai laut di perairan cetek Teluk Mexico. Kini sepasukan konservasionis dari Zoological Society of London's Project Seahorse memberi amaran bahawa hidupan ini akan berkurangan secara drastik kerana begitu banyak habitat mereka hilang akibat tumpahan minyak tersebut.

Kami mempunyai tahap prihatin yang sangat tinggi untuk spesies tertentu kerana mereka mempunyai ruangan yang lebih kecil," kata Heather Masonjones, seorang ahli biologi kuda laut dari University of Tampa.

Walaupun sebahagian besar kuda laut dipercayai hidup di air cetek, ada juga yang melekat pada rumpai laut yang mengapung dalam air terbuka. Selama tiga bulan minyak keluar dari telaga BP, himpunan rumpai laut menjadi tempat terkumpul minyak mentah. Ada yang dibakar dalam usaha BP untuk membersihkan minyak di pantai. Selain itu, minyak di dalam air menghalang cahaya yang rumpai perlukan untuk hidup, komponen beracun dari minyak serta berjuta-juta gelen kimia yang digunakan untuk mereda tumpahan juga boleh mengurangkan habitat yang sesuai untuk kuda laut.

'Dwarf seahorse' atau Hippocampus zosterae, tidak mampu untuk melarikan diri. Mereka adalah perenang yang lemah, membuat spesies ini sangat terdedah terhadap kesan perubahan persekitaran secara tiba-tiba, kata Heather Koldewey, pengarah persatuan Project Seahorse. Kuda laut mempunyai pasangan seumur hidup dan menghasilkan keturunan yang sedikit, menjadikan lebih sukar bagi mereka untuk pulih dari bencana yang terjadi.

Masonjones berkata, dari pengalaman tumpahan minyak terdahulu, rumpai laut memakan masa sehingga lima tahun untuk pulih sepenuhnya, mewakili sekitar tiga generasi kuda laut. Belum jelas lagi bagaimana 'dispersants' boleh mengganggu hormon yang mempengaruhi kitaran pembiakan, terutama pada kuda laut jantan.

Koldewey berkata, penting bagi BP untuk mengambil langkah-langkah membantu melindungi rumpai laut ketika pembersihan tumpahan minyak pada bulan depan untuk mengelakkan kerosakan lebih banyak kepada populasi kuda laut: "Kami mendesak BP untuk terus menggunakan 'booms' untuk mengasingkan minyak, dibiar mengewap atau menggunakan agen biologi seperti baja, yang mendorong pertumbuhan mikro-organisma yang mampu mengurai minyak." - Guardian


Ulasan