Apa bezanya Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia


Sebelum negara hari ini seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei terbentuk, Bahasa Melayu dituturkan di seluruh kawasan terbabit dan telah menjadi lingua franca selama berabad-abad lamanya.

Pada tahun 1928 pergerakan nasionalis Indonesia yang mahu menuntut kemerdekaan dari Belanda, memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara masa depan mereka dan menamakan semula bahasa berkenaan sebagai Bahasa Indonesia manakala Malaysia, Singapura dan Brunei mengekalkan nama Bahasa Melayu.


Kedua-dua bentuk standard Bahasa Indonesia dan bentuk standard Bahasa Melayu adalah berdasarkan Bahasa Melayu yang sama iaitu Bahasa Melayu Johor-Riau dengan menggabungkan pengaruh berbeza.

Dalam tempoh yang sama Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu mula berubah dan berbeza arah ke tahap tertentu. Biarpun kedua-dua bahasa boleh dikatakan sama dari segi tatabahasa, terdapat perbezaan ketara dalam perbendaharaan kata. Terdapat juga perbezaan dalam sebutan dan ejaan.

Bahasa Melayu pernah ditulis hanya dalam skrip Arab yang diubahsuai dipanggil Jawi. Namun, ia mula ditulis dengan karaktor Roman semasa zaman kolonial. Permulaan sistem yang 'meromankan' Bahasa Melayu di Malaysia, Singapura dan Brunei dipengaruhi oleh Bahasa Inggeris sebab mereka pernah dijajah oleh British. Manakala Indonesia dipengaruhi oleh Bahasa Belanda sebab ia pernah dijajah oleh Belanda. Sebagai contoh perkataan 'chuchu' (di Malaysia) dan 'tjoetjoe' (di Indonesia) mempunyai maksud dan sebutan yang sama tapi berbeza ejaan disebabkan dua pengaruh berlainan. Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama, memperkenalkan istilah 'Bahasa Malaysia' untuk Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1972 reform ejaan bersama dilakukan untuk membuat beberapa penyelarasan. 'Chuchu' dan 'tjoetjoe' kini sama-sama dieja 'cucu'.

Namun begitu, masih terdapat perkataan yang berbeza untuk maksud yang sama dan perkataan yang sama untuk maksud berbeza. Sebagai contoh 'bisa' (Bahasa Melayu) dan 'bisa' (Bahasa Indonesia) punya maksud yang berbeza.

- Tiada la aku membuat kajian untuk artikel. 99 peratus bahan di post ini ku terjemah dari YouTube, video di bawah.

Ulasan