Dari wad 8 (snapshot dari henfon)

7:22, 28-05-2020.

21:38, 28-05-2020.

22:35, 28-05-2020.

6:48, 29-05-2020.

6:48, 29-05-2020.
Gambar dirakam dari wad 8 Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Kemaskini:
Dear diary,

- 25/5/2020, sekitar 1:00 pagi; Terjaga dari tidur. Susah bernafas, dada terasa sakit, berdebar-debar. Duduk bersandar di kerusi. 15 minit kemudian masih terasa sakit di dada. Kejut ongumah dan anak ku. Ke hospital.

- Sekitar 2:00 pagi; Setelah mendaftar, aku segera dirawat di wad kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Tangan kiri ku dipasang tiub memasuk cecair. Tangan kanan juga di suntik. Sebiji pil diletak di bawah lidah ku. Setelah beberapa jam (agak-agak 2 jam setengah atau 3 jam) aku mula merasa lega. Dada tidak lagi terasa sakit. Bagaimanapun doktor mengatakan bahawa aku terkena serangan jantung, harus ditahan di wad dahulu selama sekurang-kurangnya 5 hari untuk dipantau serta rawatan lanjutan. Aku dimasukkan ke wad 16.

- Dua hari dirawat di wad 16, aku kemudiannya dipindahkan ke wad 8.

- 29/5/2020, sekitar 10:00 pagi, doktor yang merawat mengatakan bahawa aku boleh pulang hari ini.

- Sekitar 1:00 petang, ambil ubat (2 botol ubat cecair dan berpuluh-puluh pil) di farmasi hospital. Bayar bil di kaunter daftar masuk.

- 1:30 petang.. ongumah dan anak ku datang menjemput ku.
Peringatan: Repeat RP on 8/6/2020

Ulasan