Peta yang menunjukkan purata panjang zakar di setiap negara??

Taburan hujan?
Peta kecil kat tepi tu mesti korang tak pernah tengok. Peta yang tak mungkin pernah keluar semasa kita belajar Geografi di sekolah dulu. Ianya bukan menunjukkan taburan hujan atau iklim sesebuah negara.. tapi menunjukkan purata panjang zakar dunia! Lak.. peta macam ni pun ada.

Di bawah, gambar peta yang sama dari targetmap.com. Klik peta kalau nak tengok peta di laman web berkenaan.


– Boleh percaya ke peta ni? Agak musykil aku mikirkan, bila masa pulak diaorang mengukur. Bukan senang nak ukur orang punya 'anu', silap-silap bertelur dahi. Lain lah kalau mengukur batang cangkul ke, batang penyapu ke.

Apa pun, kita tengok je peta ciptaan diaorang tu. Munasabah atau tak munasabah, terpulang. Maklumla sekarang, macam-macam ada..

Ulasan