Gambar mayat mangsa letusan Gunung Merapi

Lebih-kurang dua minggu yang lalu, telah terjadi letusan Gunung Merapi di Indonesia. Banyak berita tentang peristiwa letusan gunung berapi tersebut tersiar di laman-laman berita, berserta gambar yang ada di antaranya mengerikan bila kita perhatikan. Contoh, gambar di bawah, dipaparkan di Nationalgeographic.

Para penyelamat sedang mengeluarkan mayat dari timbusan abu. Kerja yang bukannya mudah kerana mayat telah rentung dan beberapa bahagiananggota mayat tersebut turut hangus menjadi abu. Menurut berita, gas sepanas 1,400 degree Fahrenheit yang keluar dari Gunung Merapi, melanda kampung Argomulyo pada hari Jumaat 5 Nov 2010.

Puluhan mayat yang ditemui, dihimpunkan di satu tempat di kota Yogyakarta. - Kelihatan tangan yang menggambarkan kesakitan mangsa menahan kepanasan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ulasan