Haiwan juga menyamar

Menyamar.. bukan orang saja yang boleh menyamar, haiwan pun pandai. Ada haiwan yang menyamar untuk mengelak dari dikesan oleh pemangsa. Ada haiwan yang menyamar untuk mendapatkan mangsa dan ada haiwan menyamar untuk kedua-duanya sekali.

Kita lihat bagaimana haiwan-haiwan ni menyamar:

Seekor cicak di taman negara di utara
Madagaskar. Eh! Mana cicaknya?

Belalang yang menyamar jadi tanah.

Cicak ni pulak macam daun kering. Cicak yang ongputih namakan
Leaf-tailed Gecko ini terdapat di Madagaskar.

Ni apa pulak yang melekap kat pokok?
Benda ni orang Brazil panggil 'Potoo', sejenis burung. 

Ikan lidah.

Yang ni menyamar jadi batu tapi.. tak
berapa la jadi. Macam ikan kering je rupa.

Cicak batu di Namibia.

Yang ni katak daun sebab dia
macam daun.

Ini pun katak daun. Cuma warnanya lain.

Labah-labah sedang menunggu mangsa.

Mentadak mentadu yang berwarna putih seperti bunga orkid
di mana ia bertenggek.

Serangga dari Costa Rica. Ongputih panggil 'Katydid'.

Belalang ni kalau kita tangkap kemudian rapatkan hujung kain ke
muncungnya, ia akan gigit. Tarik badannya, kepalanya akan tanggal
dari badan kerana ia tak akan melepaskan gigitan. Sebab tu la
orang panggil belalang ni Belalang Pelesit.

Ulasan

Razf berkata…
takut plak tengok... cuba bayangkan kita dah la x nampak.. pastu tibe2 dia lompat ke arah kite. warghhhhh
Orandableg berkata…
Haiwan2 ni lagi lah takutkan kita