Terakam: Saat mencemaskan bas terjatuh ke dalam jurang

Satu klip video YouTube yang memaparkan saat mencemaskan sebuah bas terjatuh ke dalam jurang, di jalan yang dianggap paling merbahaya di dunia iaitu Jalan Yungas atau lebih dikenali sebagai Jalan Maut - sebatang jalan sepanjang 69 kilometer, bermula dari La Paz hingga ke Coroico, terletak di daerah Yungas, Bolivia.

Menurut berita, hanya pemandu bas seorang saja yang terkorban kerana kesemua penumpang telah pun turun sebelum bas cuba melepasi satu lorong sempit di atas tanah yang tidak stabil. Tidak dinyatakan tarikh kejadian tetapi video ini baru seminggu lepas dimuatnaik ke YouTube iaitu pada 31 Disember 2011.

Ulasan