Sebiji limau lebih mahal dari sebuah kabinet

Sebiji limau berusia 285 tahun yang ditemui di laci kabinet lama berjaya dilelong pada harga $1,780 di England.

Brettells Auctioneers di Shropshire berkata sebuah kabinet abad ke-19 dibawa ke pusat lelong berkenaan oleh sebuah keluarga yang mengatakan ia adalah milik seorang bapa saudara yang telah meninggal dunia. Seorang jurugambar telah mengambil gambar kabinet yang akan dijual, termasuk sebiji limau yang ditemui di dalam laci. Limau tersebut tertulis dengan mesej: "Diberikan Oleh Encik P Lu Franchini 4 Nov 1739 kepada Cik E Baxter."

Pusat lelong memutuskan untuk turut cuba melelong limau tersebut dan petugas terkejut apabila lelongan diadakan, limau tua itu memperoleh bidaan tinggi iaitu sebanyak $1,780, manakala kabinet berkenaan berjaya dijual dengan harga hanya $40.


Ulasan