(Gambar) Mona Lisa

Mona Lisa (Itali: Gioconda, Perancis: Joconde) merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa. Karya ini disebut-sebutkan sebagai lukisan "paling dikenali, paling dikunjungi" sampai paling diajuk atau disatirakan di dunia.

Pengkaryaan lukisan ini dilakukan secara berkala beberapa kali iaitu pada tahun-tahun 1503 dan 1506, antara 1513 hingga 1516 dan pada akhir hayatnya tahun 1519. Terdapat sedikit kecacatan pada lukisan ini yang mana subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan lukisan latar belakang kelihatan terlalu pudar.

Lukisan ini merupakan antara lukisan potret yang pertama yang menggambarkan model di depan landskap bayangan pelukis dan Leonardo merupakan antara pelukis yang pertama yang menggunakan perspektif udara dalam lukisan.

Senyuman misteri yang ditunjukkan Mona Lisa dalam lukisan potret terkenal karya Leonardo da Vinci akhirnya terungkap. Para akademik Jerman merasa yakin mereka telah berhasil memecahkan misteri yang telah berlangsung beberapa abad di sebalik identiti gadis cantik yang menjadi objek lukisan terkenal itu. Lisa Gherardini, isteri seorang pengusaha kaya Florence, Francesco del Giocondo, telah lama dipandang sebagai model yang paling mungkin bagi lukisan abad 16 tersebut. Namun demikian, para sejarawan seni sering bertanya-tanya apakah mungkin wanita yang tersenyum itu sebetulnya kekasih da Vinci, ibunya atau artis itu sendiri. .. - Gambar serta artikel dipetik dari Wikipedia

CSS gambar berayun di rujuk di codepen.io/ChrisMla/pen/jWMLWY


Ulasan