Laser disebut ˈlāzər.
Laser adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dikenali sebagai pemancaran terangsang. Perkataan laser itu sendiri sebenarnya hanyalah satu akronim. Ia merupakan singkatan kepada 'Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation' - Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran Terangsang. Istilah ini telah digunakan untuk menerangkan teknologi berkenaan sejak ia dalam pembangunan pada tahun 1950-an lagi.
Cahaya laser adalah gelombang elektromagnet boleh nampak yang berada di dalam julat tertentu. Ia adalah sumber optik yang memancarkan foton dalam pancaran koheren. Cahaya laser biasanya hampir-monokromatik, contohnya, mengandungi panjang gelombang tunggal atau warna, dan dipancarkan dalam pancaran halus. Ini berbeza dengan sumber cahaya biasa, seperti mentol, yang memancarkan photon yang dapat dilihat kesemua arah, biasanya mencangkupi jarak gelombang spektrum elektromagnetik yang luas. Aksi laser dapat difahami melalui penggunaan teori mekanik kuantum dan termodinamik.
Laser adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dikenali sebagai pemancaran terangsang. Perkataan laser itu sendiri sebenarnya hanyalah satu akronim. Ia merupakan singkatan kepada 'Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation' - Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran Terangsang. Istilah ini telah digunakan untuk menerangkan teknologi berkenaan sejak ia dalam pembangunan pada tahun 1950-an lagi.
Laser. Kredit: Wikipedia |
Ulasan