Suami mahu cerai setelah terkejut melihat wajah asli isterinya ..

Gambar hiasan. Kredit: Pexels
Seorang lelaki telah menimbulkan kekecohan apabila meminta cerai hanya beberapa jam setelah menikah dengan isterinya. Dia merasa tertipu setelah melihat wajah asli isterinya yang tanpa solekan buat pertama kalinya pada malam pertama.

Dipetik dari detiksumut, kisah viral ini adalah tentang seorang lelaki di China yang dikenali sebagai Cao, bertemu dengan pasangannya, Trang, melalui media sosial. Usia mereka jauh berbeza, Cao berusia 30 tahun, manakala Trang 47 tahun.

Walaupun usia mereka jauh berbeza, Cao tidak berpatah semangat untuk menjalin hubungan dengan Trang, yang selalu tampil dengan dandanan yang cantik dan bergaya. Sejak pertemuan pertama lagi Cao langsung tertarik melihat Trang yang cantik, penuh kasih sayang, percaya diri dan dewasa. Selain itu latar belakang keluarga mereka pun hampir serupa.

Setelah hubungan terjalin beberapa ketika, Cao dan Trang pun berkahwin. Acara pernikahan mereka diadakan secara sederhana. Saat itu keduanya belum mendaftarkan pernikahan secara rasmi namun bagi orang-orang di sekitar, mereka sudah menjadi suami isteri.

Walau bagaimanapun, hanya di malam pertama hari perkahwinan mereka, Cao begitu terkejut bila melihat wajah asli sang isteri, yang tanpa mengenakan sebarang solekan sama sekali. Dia langsung meminta cerai dan mengusir isterinya itu dari rumah kerana merasa tertipu.

Trang yang merasa kecewa di atas sikap Cao lantas memberikan suaminya itu dua pilihan. Pertama, mereka akan mendaftarkan pernikahan secara rasmi dan terus hidup bersama. Kedua, pasangan tersebut akan bercerai namun Cao harus membayar wang pampasan kepada Trang sejumlah 200 ribu yuan.

Merasa menjadi korban dan menilai tuntutan Trang itu tak masuk akal, Cao meminta bantuan mahkamah untuk menyelesaikannya. Tidak dijelaskan lebih lanjut apakah pasangan tersebut akhirnya bercerai atau tidak.

Ulasan