Ketulan emas terbesar pernah ditemui

Ketulan emas (seketul) terbesar di dunia ditemui pada 5 Februari 1869, di Victoria, Australia, oleh dua orang pelombong bernama John Deason dan Richard Oats. Ketulan emas tersebut digelar "Welcome Stranger", seberat 72 kilogram.

Kedua-dua lelaki berkenaan membawa ketulan emas itu ke bandar Dunolly untuk ditimbang di London Chartered Bank. Malangnya, emas tersebut terlalu besar sehingga tidak muat pada alat penimbang, lalu ia dipecahkan untuk ditimbang selepas diambil gambar.


John Deason dan Richard Oats hanya menerima bayaran di bawah £10,000, manakala ketulan emas berkenaan dicairkan menjadi jongkong emas. BBC News menganggarkan ketulan emas serupa jika ditemui hari ini akan bernilai sekitar £2 juta.

Dari lukisan berdasarkan ingatan mereka yang melihatnya, replika ketulan emas "Welcome Stranger" dibuat dan kini berada di Muzium Dunolly.

Ulasan