Gambar hiasan. Kredit: utswmed.org |
Kebanyakan bayi yang dilahirkan cukup bulan (antara minggu ke-37 dan 40) akan mempunyai berat lahir 2.5 hingga 4.0 kg. Si kecil yang lebih ringan atau lebih berat di dalam purata kebanyakan biasanya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Bayi yang dilahirkan melebihi 4 kg atau 4.5 kg dikenali di dalam dunia perubatan sebagai macrosomia. Macrosomia dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa komplikasi, terutamanya trauma ibu dan/atau janin semasa kelahiran dan masalah pernafasan.
Menurut satu berita baru-baru ini, seorang ibu di Brazil melahirkan bayi seberat 7.3 kg (16 lb). Bayi tersebut, Angerson Santos, dilahirkan melalui pembedahan caesarean di Hospital Padre Colombo, Parintins, Amazona.
Berat Angerson Santos mengatasi berat bayi perempuan paling berat dalam rekod, iaitu 6.8 kg (15 lb), yang dilahirkan pada tahun 2016, tetapi tidak setanding dengan bayi yang juga dikatakan terberat dalam sejarah, mencecah 22 paun 8oz (10.2 kg), dilahirkan di Itali pada September 1955. Bagaimanapun pernyataan ini tidak didokumenkan selengkapnya.
Anna Haining Bates di hari perkahwinannya. |
Ulasan