Narsis, Psikopat, atau Sosiopat: Apa perbezaannya

Fakta tentang tajuk dipetik dan diringkaskan dari satu temu bual Medcircle, dengan seorang ahli psikologi klinikal, Dr. Ramani Durvasula. - Kesilapan dalam terjemahan mungkin berlaku.


Pertanyaan: Apakah perbezaan di antara sosiopath, psikopat dan narsis?

Jawapan (Dr. Ramani): Terdapat banyak pertindihan tetapi hakikatnya ramai orang menggunakan istilah ini secara bergantian. Semua ini adalah hal yang berlainan. Satu peraturan yang perlu terus diingat; setiap psikopat adalah narsisis tetapi tidak setiap narsisis adalah psikopat.

Seorang narsisis ialah seseorang yang kurang empati, suka bermegah, sentiasa merasa berhak, sentiasa mencari pengesahan serta sombong. Ia adalah gangguan nilai diri dan mereka menghadapi masalah mengawal nilai diri mereka. Tetapi apabila seorang narsisis melakukan perkara yang tidak baik, mereka punya rasa malu dan bersalah. Lebih rasa malu dari rasa bersalah kerana mereka masih mengambil berat tentang pandangan orang lain terhadap mereka. Malu adalah emosi umum. Jadi mereka tidak suka dipandang negatif di mata umum atau orang lain.

Seorang psikopat adalah sesuatu yang berbeza. Mereka memiliki semua perkara dari narsis kecuali: mereka tiada rasa bersalah, tiada rasa malu. Mereka tidak berasa menyesal apabila melakukan sesuatu yang tidak baik — (contoh orang psikopat) pembunuh bersiri, pembunuh upahan dan sebagainya.

Kebanyakan orang keliru tentang perbezaan antara psikopat dan sosiopat kerana keduanya dilihat sama — mereka melakukan sesuatu yang tidak baik dan mereka tidak peduli. Ini perbezaan utama: psikopat dilahirkan (sejak lahir, keturunan) dan sosiopat dibuat (terjadi oleh pengaruh persekitaran). Psikopat yang juga dipanggil Gangguan Personaliti Antisosial (Antisocial Personality Disorder) dalam manual diagnostik kami, adalah orang yang sebenarnya dipercayai mempunyai sistem saraf autonomi yang sikit berbeza.

Sistem saraf autonomi adalah bahagian yang mengawal sistem saraf simpatetik kita iaitu sistem melawan atau menghindar kita. Apabila sistem saraf autonomi kita, untuk orang biasa, dicas, yang akan berlaku jika kita melanggar peraturan, jika kita melakukan sesuatu yang memalukan atau biadap, (contoh) jika kita melanggar lampu merah jantung kita mula berdegup kencang. Kita berpeluh, anak mata jadi luas, kita melihat sekeliling sebab takut akibatnya. — Seorang psikopat tidak begitu. Mereka tidak mempunyai rangsangan yang sama. Itulah sebabnya seorang psikopat boleh berbohong pada ujian pengesan pembohongan dan melepasinya. Mereka juga tidak mempunyai keghairahan yang sama.

Jadi, anda atau saya boleh menaiki roller coaster dan merasa rasa teruja serta menerima rangsangan itu dengan cara baik. Kita tidak suka merasakannya apabila melakukan sesuatu yang salah, manakala seorang psikopat tidak merasa perbezaannya ..

Lagi fakta: Psikopat, sosiopat dan narsissis berupaya menjadi penyamar hebat (dipetik dari kata Dr. Ramani, 'psychopaths, sociopaths and narcissists make great chameleons').

- Ada pendapat yang mengatakan seorang narsisis dengan sangat mudah 'menghina orang susah, mengata orang senang' disebabkan kurangnya empati.

Allahu A`lam

Ulasan