Apabila kita makan, kita juga menelan udara. Begitu makanan dicerna di dalam usus, gas dihasilkan. Gas-gas ini melepasi usus dan kemudian keluar melalui dubur. Proses di mana keluarnya gas ini lah yang kita panggil kentut.
Takda kentut yang berbau wangi kerana kentut ada mengandungi gas hidrogen sulfida yang berbau busuk. Secara umumnya tiada orang di dunia ini yang suka bau kentut biarpun terkeluarnya gas berkenaan adalah normal. Kalau ada yang suka .. itu kes luar biasa.
Untuk mengurangkan bau kentut yang kuat, cuba elakkan dari makan makanan goreng berminyak, makanan pedas, bawang, minuman soda, jering, petai dan beberapa makanan lain termasuk durian – Ini hanya pendapat, bukan saya nak melarang anda makan benda-benda tersebut. Bagi saya, mana mungkin saya tidak menjamah sambal petai kegemaran saya apabila ianya terhidang di meja makan. Biar lah nak bau kuat pun.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa memakan ubi kayu boleh menyebabkan kita kerap kentut tetapi baunya tidak lah begitu menyengat hidung.
Antara fakta tentang kentut yang saya baca di Fart Fact.
- Secara purata kentut terdiri dari:
59% nitrogen
21% hidrogen
9% karbon dioksida
7% metana
4% oksigen
1% hidrogen sulfida (bahagian yang berbau)
- Satu orang boleh menghasilkan kira-kira 0.5 liter kentut sehari, hampir 0.13 gelen.
- Lelaki dan wanita kentut pada kadar yang lebih kurang sama.
- Seseorang kentut sekitar 14 kali sehari.
- Kebanyakan kentut berlaku pada waktu malam semasa tidur.
- Kentut terdiri dari hanya 1 peratus bahan kimia yang berbau busuk, tetapi bahan tersebut terlalu kuat baunya sehingga ianya masih terbau pada tahap 1 bahagian dalam 100.
- Satu kajian telah membuktikan bahawa walaupun seorang lelaki dan seorang wanita makan makanan yang sama, wanita mengeluarkan gas yang lebih pekat berbanding lelaki. Maknanya.. kentut wanita lebih berbau. (Ongpompuan jangan marah saya. Ini fakta yang saya baca, bukan saya mengata).
- Di Malawi, Afrika, sengaja kentut adalah satu kesalahan.
- Pada satu kaum di Amerika Selatan yang dikenali sebagai Yanomami, kentut dianggap sebagai sebagai satu ucapan. Sepertinya: 'Hai.'
- Jika anda kentut dan mengumpulnya secara konsisten selama 6 tahun dan 9 bulan, gas yang dihasilkan cukup untuk mewujudkan tenaga sekuat bom atom. Kentut boleh menjadi mudah terbakar, jika ia mengandungi lebih hidrogen dan metana. (Amaran: Percaya atau tidak, jangan cuba mengujinya dalam apa jua keadaan).
- Penyelam skuba tidak mampu kentut pada kedalaman 33 kaki atau lebih, disebabkan tekanan air.
- Di Jepun kuno, pertandingan awam telah diadakan untuk melihat siapa yang boleh kentut terkuat dan paling lama!
Adakah haiwan juga kentut? Jawapannya, ya. Tetapi tidak semua. Sebagai contoh, burung dan invertebrata laut seperti ketam, tiram serta kupang tidak mempunyai keperluan biologi untuk melepaskan gas.
Para saintis telah membina pengkalan data tentang haiwan yang kentut. Mereka juga telah membuat hashtag '#DoesItFart' di Twitter dan menyediakan Spreadsheet secara terbuka untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai terutama pemilik haiwan atau mereka yang mengetahui tentang perkara terbabit.
Perkara tentang sains kentut haiwan bukan hal remeh atau humor. Kentut lembu sebagai contoh, dalam skala besar adalah sumber utama kepada metana atmosfera yang menyumbang kepada perubahan iklim. Sains kentut juga merupakan topik hangat di kalangan orang ramai tertentu di mana saintis juga mahu melibatkan diri.

Post recycle (2017)
Ulasan