Dalam duduk termenung tadi aku teringat bait kata-kata Jawa yang pernah beberapa kali aku dengar semasa aku masih bebudak di kampung. Begini bunyinya:
Kae opo.. nongko.Terjemahan:
Kok empuk.. mateng.
Kok jembluk.. meteng.
Itu apa.. nangka.Sekali lalu serangkai kata-kata berkenaan tak lah menarik didengar. Sumbang je bunyinya. Tapi jika kita faham bahasa Jawa, ianya seperti pantun dua kerat jika ditekankan pada dua baris terakhir, biarpun ada baris pertama untuk melengkapkannya menjadi seni bahasa. Adakah ianya sebuah puisi Jawa lama? Atau sekadar suka-suka disebut oleh orang tua-tua? Entah le. Nak kena tanya orang yang pakar dalam hal berkaitan.
Kenapa lembut.. masak.
Kenapa mengembung.. mengandung/hamil.
Yang menariknya jika kita hayati, 'puisi' ini membayangkan kegembiraan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata - si isteri mengandung.. anak pertama mereka. Ini ku dasarkan kepada pertanyaan di mana buah nangka telah melalui proses tumbesaran sempurna sehingga berjaya ke peringkat masak. Kemudian ketidaktahuan pertanyaan (kok jembluk?), bermakna mereka tidak tahu lantaran ini adalah pengalaman pertama mereka.
- Hanya pendapat ku. Ada idea?
Post recycle dari post terdahulu yg telah dipadam.
Ulasan