Bahasa Melayu buat pertama kalinya digunakan di PBB

Prt Scr: BERNAMA.com 24/09/2022

Setelah enam puluh lima tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 Sept 1957, bahasa Melayu digunakan di ibu pejabat PBB di Amerika Syarikat.

Sejarah tercipta pada 24 Sept jam 5 petang waktu tempatan apabila buat pertama kalinya, ucapan perdana menteri Malaysia pada hari keempat Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 dibentangkan dalam Bahasa Melayu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berbaju Melayu hitam, songkok dan sampin emas mawar, berucap kira-kira 22 minit dalam bahasa kebangsaan di hadapan pemimpin dunia.

Ia merupakan penampilan kedua Ismail Sabri di PBB selepas menghadiri UNGA ke-76 tahun secara maya semasa pandemik Covid-19.

Enam bahasa rasmi di PBB ialah Inggeris, Arab, Mandarin, Perancis, Rusia dan Sepanyol.

Ulasan