Ibu lepas bersalin patut baca berita ini

Jangan makan ikan haruan dengan segera selepas bersalin. Sebabnya ada disebutkan:

1. Pengambilan ikan haruan akan memberikan kesan pada bahagian dalam perut sekali gus menyukarkan tugas doktor ketika para ibu ingin melahirkan anak yang seterusnya.

2. Dr Siti Aishah sarankan wanita berpantang untuk menunggu lebih kurang enam minggu hingga dua bulan sebelum memakan ikan haruan dan pada tempoh tersebut kesan luka pembedahan bahagian dalaman perut akan sembuh sendiri.

3. Bagaimanapun, Dr Siti Aishah tidak menafikan kebaikan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat tetapi tetapi jika pengambilannya terburu-buru, organ dalaman lain berisiko rosak ketika operasi pembedahan caesarean seterusnya.

4. Ujarnya, memang ikan haruan ini bagus untuk sembuhkan luka bersalin, tapi kalau sembuh terlalu cepat akan jadi masalah untuk bersalin seterusnya yang masih memerlukan pembedahan caesarean.


Baca berita penuh di sinarplus

Ulasan