Ekoran daripada AGM FGV semalam 13 usul telah diluluskan.
Saya juga terima mesej berikut daripada penghantarnya:
Semalam, saya ada bangkitkan bahawa hari ini lembaga pengarah FGV (milik Felda 80%) akan dapat durian runtuh.
Ingat ya, bukan peneroka yang dapat durian runtuh, tetapi pengerusi FGV dan ahli Lembaga Pengarah.
Pagi tadi, mesyuarat agung tahunan (AGM) FGV telah berjaya meluluskan semua resolusi, tanpa bantahan satu pun dari pemegang saham utama iaitu Felda.
Berdasarkan lapuran yang diberi kepada Bursa Malaysia pukul 5 petang tadi oleh FGV (lihat screenshot), berkuatkuasa esok,:
1. Gaji Pengerusi iaitu Datuk Dz---ifli Abd W---b (beliau bekas KP Felda) naik dari RM300,000 setahun ke RM480,000 setahun.
Beliau akan juga dapat RM40,000 sebagai pengerusi sustainability commmitee.
Selain itu setiap mesyuarat yang beliau hadir, beliau akan dapat RM2,000 setiap kali hari mesyuarat. Online meeting pun dapat RM2,000. Bestnya.
Bukan itu sahaja, beliau akan dapat kereta baru (minimum 2000cc) dan juga elaun utliti kereta bernilai RM180,000 setahun. Syukur, rezeki pengerusi makin bertuah.
Bodyguard pun FGV bayar untuk melindungi pengerusi. Bil telepon dibayar sepenuhnya, bil entertainment sebanyak RM24,000 setahun, keahlian club golf (RM10,000) dan insuran kesihatan.
2. Setiap ahli lembaga pengarah akan mendapat elaun tahunan sebanyak RM150,000 ataupun naik dari RM120,000.
Mereka juga akan dapat elaun mesyuarat RM2,000 setiap kali hadir mesyuarat. Tahun lepas, mereka bermesyuarat sebanyak __ kali!
Persoalanya, kenapa MOF dan PMO tidak bantah sebagaimana ketika tahun 2019 dahulu? Isu yang sama dibawa ke AGM, tetapi ditolak apabila PMO campur tangan ketika itu. Kenapa kali ini dibiarkan saja?
Ini amatlah kurang asam sekali, segelintir golongan atasan mendapat ratusan ribu, tetapi pada hari yang hampir sama, PM Sabri kata peneroka Felda dalam golongan B40 mendapat RM100!
Penting kita tahu nama2 pengarah FGV ini.
a. Dato’ Dz--i Abd W---b – Pengerusi b. Dato’ Am---in Ab- S--r. Pengarah. Beliau juga adalah Ketua Pengarah FELDA. c. Dato’ Sh---l A---ar S----n . Pengarah . wakil MOF d. Datuk Y---ah S-----an . Pengarah. wakil EPU e. K---ri S---di. pengarah f. Dato’ M--d R---k S--h M---d. Pengarah g. N-k F---a N-k M--d S----in. Pengarah h. Datin N---e A----n Dato R---i . Pengarah.
Siapa yang harus dipersalahkan selain mereka di atas? Jelas, ini dia:
1. PM Ismail Sabri. 2. Menteri Kewangan terburuk Tengku Zafrul. Mungkin beliau sebok di Kuala Selangor nak jadi ahli politik tidak diundang. 3. Ahli Lembaga Pengarah Felda termasuk Pengerusinya - Tan Idris Jusoh, bekas MB Terengganu.
Keluarga Malaysia sebeginikah yang adil dan prihatin?
Melayu di bawah susah dan miskin, yang di atas seronok bagaikan di kayangan.
Di kala rakyat ditekan kos kehidupan yang naik mengila, subsidi ditarik balik.
Kenapa duit hasil titik peluh dan keringat peneroka yang saban hari membanting tulang di ladang diberikan kepada pengerusi dan Lembaga Pengarah yang duduk empuk di kerusi di bilik berhawa dingin?
Allah maha Adil, suatu hari nanti terimalah padahnya.

Dipetik dari OutSyed The Box
Ulasan