Pada minggu ini tersiar kisah di beberapa laman web berita tentang seorang lelaki di Maryland yang telah selamat menjalani pembedahan pemindahan jantung khinzir, atau dalam bahasa kasarnya jantung babi.
USA Today melaporkan: pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Maryland menunjukkan buat pertama kalinya babi yang diubah suai genetiknya ‘digunakan sebagai penderma organ’. Para saintis telah menjalankan kajian selama beberapa dekad untuk mendapatkan cara menyelamatkan nyawa manusia dengan organ haiwan. Lebih daripada 100,000 orang berada dalam senarai menunggu pemindahan organ, mengalami gejala dan kesan sampingan yang teruk. Kira-kira 6,000 daripada mereka mati setiap tahun menunggu orang lain untuk memberikan mereka buah pinggang, jantung atau paru-paru.
Di era sekarang ni, berita tentang bahagian organ babi digunakan dalam bidang perubatan sebenarnya tidaklah sangat memeranjatkan kita. Sebelum ini juga sudah terjadi penggunaan kulit babi serta injap jantung babi ke atas manusia dan boleh dikatakan ianya telah menjadi lazim (cer gugel: using pig heart valves is already common).
Bagaimanapun sebagai umat Islam, berita penggunaan bahagian organ babi ke atas manusia sememangnya meloyakan dan menakutkan kita. Pegang saja haram apatah lagi mencantumkan ke tubuh.
Menurut saintis, babi mempunyai beberapa organ yang serupa dengan organ manusia (satu kenyataan yang agak susah kita nak hadam - cer gugel: pigs have same organs as humans). Mungkin juga atas alasan inilah para saintis mencubanya sebagai organ alternatif.
Pembedahan pemindahan jantung babi telah berjaya dilakukan tetapi sama ada pemindahan organ tersebut benar-benar mampu menyembuhkan, belum terbukti. Laporan BBC menjelaskan bahawa seorang pakar bedah yang terlibat dalam pembedahan tersebut, Mr Griffith, dipetik sebagai berkata, "But whether [he will live for] a day, week, month, year, I don't know."
Dalam pada itu pembedahan pemindahan jantung tersebut juga telah mencetuskan semula perdebatan di kalangan kumpulan hak asasi termasuk tentangan dari kumpulan hak asasi haiwan. Salah satu dari mereka, (PETA) People for the Ethical Treatment of Animals, telah mengutuk dengan mengatakan pemindahan jantung babi kepada manusia sebagai "tidak beretika, berbahaya dan pembaziran sumber yang sangat besar".

Ulasan