Omicron: perlunya dos ketiga..

Munculnya varian Omicron jelas mengingatkan kita bahawa bahana pademik COVID-19 belum berakhir. Walaupun pihak kerajaan telah memberi kelonggaran PKP, kita semestinya mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak dan kebersihan diri.

Petikan berita (teks hijau);
Hanya kerana anda telah diberi vaksin atau dijangkiti COVID-19 sebelum ini tidak menjamin imuniti, kata profesor UK..

TETAPI BOOSTER BOLEH MENEUTRALKAN OMICRON
Dua daripada laporan baru-baru ini juga sangat mencadangkan bahawa dos penggalak ketiga bagi vaksin COVID-19 secara mendadak meningkatkan tahap antibodi peneutralan terhadap varian delta yang meluas dan ini juga akan meningkatkan peneutralan varian Omicron.

Salah satu daripada ini (kenyataan akhbar daripada Pfizer) mencadangkan bahawa penggalak boleh memberikan peningkatan yang ketara dalam peneutralan Omicron, walaupun ini hanya termasuk ringkasan keputusan dan bukan set data penuh.
- CNA

Gambar hiasan.

Buat masa ini (dari apa yang ku faham), belum ada vaksin khusus untuk varian Omicron. Pilihan yang kita ada ialah menerima dos ketiga. Jadi, bersedialah, semak-semak di MySejahtera.
- Ada orang yang telah pun menerima dos ketiga vaksin COVID-19 ni (dari Pfizer). Sedtusey.. aku belum.


Get vaccinated. Wear a mask. Save lives. - Gif dari arkib Google Doodles

Ulasan