"When elephant fight the grass will suffer"

Setelah diasak kiri kanan depan oleh pihak pembangkang serta ditikam belakang dari dalam PN sendiri, akhirnya hari ini Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan PM. Gembira? Tak taula korang. Aku tidak.

Melihat pada situasi politik semasa di kala pandemik ini, aku rasa pepatah yang pernah dipopularkan oleh YB Mat Sabu tu tepat. "when elephant fight the grass will suffer.." kata beliau.


Kedudukan seorang PM boleh diacah-acah ke tepi oleh kalangan ahli politik, bukan menerusi pilihan raya, bukan oleh majoriti rakyat. Inilah hakikatnya yang telah berlaku.

Kelak nanti kita akan menerima PM baru. Siapa? Tak tau. Bakal PM ke9 tentulah seorang yang bijaksana (kalau tak bijaksana sudah pasti beliau tidak boleh menang dalam percaturan politik untuk merebut jawatan PM), tapi adakah beliau akan menjalankan tugasnya dengan jujur dan amanah? Kita tak tau lagi. Kita hanya akan merasa kesan pemerintahannya tak kira samada akan lebih baik atau lebih buruk.

- Kita tak tau sebab kita hanya rumput. Tak semua orang boleh jadi gajah.

Ulasan