Bagi mereka yang sudah mendaftar untuk divaksin tetapi masih menunggu, bersabarlah. Yang belum mendaftar → _JKJAV
- Dengar-dengar ada vaksinasi walk-in di Selangor. Takyah menunggu janji temu. Datang je ke pusat vaksinasi, daftar dan terus terima vaksin (?). Cer gugel.
-
VAKSIN: MEMBENTUK IMUNITI KELOMPOK
Penyebaran Virus Covid-19 adalah sangat berbahaya sehingga 9 Mac 2021 sebanyak 2,612,150 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia. Pada tahun 2020, WHO juga telah menetapkan bahawa wabak COVID-19 ini merupakan pandemik global. Justeru, selain daripada mengamalkan pematuhan SOP yang ketat seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan dan menggunakan pelitup muka; Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga telah dilancarkan bagi mengekang wabak ini.
Program ini diharap dapat membentuk imuniti kelompok bagi rakyat Malaysia dalam usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran virus COVID-19. Imuniti kelompok dapat disimpulkan sebagai perlindungan daripada penyakit berjangkit yang terbentuk apabila sebahagian besar kelompok masyarakat mempunyai imuniti dan terlindung daripada jangkitan penyakit tersebut.
Antara cara pembentukan imuniti kelompok yang disokong oleh World Health Organisation (WHO) adalah menerusi pemberian vaksin. Vaksin melatih sistem ketahanan tubuh badan seseorang untuk membentuk antibodi bagi melawan penyakit; situasi yang sama terjadi sekiranya seseorang terdedah kepada penyakit namun vaksin berfungsi tanpa membuat seseorang jatuh sakit. Imuniti kelompok juga dapat dicapai dengan cara membiarkan kelompok masyarakat untuk dijangkiti dengan penyakit tersebut dan membentuk ketahanan diri secara semula jadi. Namun hal ini tidak disarankan oleh WHO kerana mengakibatkan jangkitan dan kematian yang sia-sia.
Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap COVID-19 bagi membolehkan ‘imuniti kelompok’ dapat dicapai dan penularan COVID-19 dapat dikawal. Malaysia bakal menerima vaksin COVID-19 bagi memenuhi keperluan lebih 80% rakyat bagi membolehkan usaha mengekang wabak ini dapat dicapai. Mencapai imuniti kelompok membantu menyelamatkan nyawa dan mengekang penularan wabak ini daripada berleluasa. - MKN.
Ulasan