SINGAPURA: Singapura melaporkan 528 kes baru COVID-19 setakat sehingga 12.00 tengah hari pada Selasa (28 Apr), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada sebanyak 14,951 kes. |
Sebahagian besar kes baru melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awalnya.
Dalam kemas kini pada sebelah malam pula, MOH mengumumkan terdapat 10 kes jangkitan dalam kalangan masyarakat, tujuh daripadanya adalah rakyat tempatan atau penduduk tetap Singapura; dua pula merupakan pemegang pas kerja manakala seorang lagi adalah pemegang pas lawatan.
Sebanyak 511 kes baru adalah pekerja asing yang tinggal di dormitori, manakala lagi tujuh pekerja yang tinggal di luar dormitori dijangkiti virus tersebut.
Daripada kes-kes baru itu, 83 peratus dikaitkan dengan kelompok-kelompok yang sudah dikenal pasti, manakala bakinya sedang menantikan hasil pengesanan kontak. - Selanjutnya, sila baca di BERITA mediacorp
Ulasan