Pakai topi keledar berisi ular berbisa



Berpantang maut sebelum ajal, itulah pepatah yang menggambarkan kejadian yang berlaku kepada seorang lelaki yang tinggal berhampiran Kochi, sebuah bandar komersial di Kerala, India.

K.A. Ranjit, seorang guru sekolah, mengayuh basikalnya sejauh 11 km dengan salah satu ular paling berbisa di dunia berada di dalam topi keledarnya. Dia hanya menyedari kehadiran reptilia itu selepas dia melucutkan topi keledarnya ketika berhenti - setelah bergerak jauh dari rumahnya. Bagaimanapun ular berkenaan (sejenis ular yang dikenali sebagai Common Krait) telah pun mati terhimpit kepala lelaki berkenaan.


Gambar hiasan, saja nak menuhkan post.

Rakan-rakan Ranjit membawa Ranjit ke hospital terdekat untuk pemeriksaan terperinci, termasuk ujian darah, di mana dia telah disahkan tidak digigit.

"Saya rasa ular itu mungkin masuk ke dalam topi keledar dari kolam berhampiran rumah saya. Tetapi saya tidak pernah merasakan apa-apa yang luar biasa semasa memakainya," kata Ranjith. #SPUTNIK

* Bahaya-bahaya:

Racun common krait terdiri daripada kebanyakannya neurotoxin yang kuat, yang menyebabkan kelumpuhan otot. Secara klinikal, racunnya mengandungi neurotoxin presynaptic dan postsynaptic, yang secara umumnya mempengaruhi celah sinaptik (titik-pemindahan maklumat antara neuron).

Beberapa gejala terkena gigitan termasuk: otot muka menegang dalam satu hingga dua jam gigitan; ketidakupayaan mangsa untuk melihat atau bercakap, dan, jika tidak dirawat dengan segera, mangsa mungkin mati akibat lumpuh pernafasan dalam masa empat hingga lima jam. - info dipetik dari Wikipedia.

Ulasan