Pelik: 'Tak pakai seluar dalam, kompaun RM600'


Aje musykil punya tajuk. Berita ni ku petik dari my Metro.

- TAK pakai seluar dalam, kompaun RM600. Itu kesalahan yang ditulis dalam saman diterima lelaki daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Seremban Ahad lalu.

Bagaimanapun, kesalahan itu dikesan direka sendiri lelaki terbabit yang juga pemandu lori dengan menulis kesalahan tidak memakai seluar dalam pada notis itu sebelum tular di laman sosial sejak semalam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, notis larangan penggunaan kenderaan (PG1) yang diberi kepada pemandu ketika sekatan jalan raya Ops Statik di Kilometer 10 Jalan Seremban-Port Dickson, Isnin lalu sudah diubah suai.

Beliau berkata, anggotanya mengeluarkan notis terbabit selepas pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati tayar gandar dua kiri bahagian dalam sudah botak dan terkoyak.

“Notis itu mengarahkan pemandu menukar tayar rosak dan perlu hadir ke JPJ untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak dikenakan tindakan saman.

“Namun kita mendapati salinan notis diberi ditambah kesalahan lain, tidak memakai seluar dalam dan dikompaun RM600. Sangat tidak logik kita beri saman atas kesalahan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, notis PG1 dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan kesalahan teknikal kenderaan saja, bukannya berkaitan dengan tata kelakuan pemandu seperti mana yang diubah suai pada notis terbabit.

Sehubungan itu, pihaknya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebagai penafian sekali gus mengelakkan orang ramai salah faham terhadap agensi itu.

Lihat di www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/517152/tak-pakai-seluar-dalam-kompaun-rm600

Ulasan